Thursday, 3 March 2016

Wang Bantuan Persekolahan RM100

                                           (gambar sekadar hiasan...)                                      


Bermacam-macam persoalan timbul difikiran... hari ini, ingatkan nak pergi SMK nak ambik wang bantuan. Sebenarnya last week dah keluar tapi tak sempat nak ambik. So, pagi ini, decided nak pergi sekolah dulu sebelum pergi office. Saya cubalah wassap dgn PKHEM sekolah tapi tak berjawap sampai tghari. In the end, sy terus call pejabat am dan bertanya. 1st time call, katanya boleh ambik kat pejabat jer, so esok decide lagi nak pergi sekolah. Then tetiba PKHEM reply wassap n beritahu anak2 saya (tkt 1 & 3), tak layak dapat bantuan kerana merujuk kepada bukti payslip, Pendapatan isi rumah kami melebihi RM3,000.00.


Saya pun terus call PKHEM, dan bertanya kenapa tiada pemberitahuan dari pihak PPD mengenai perkara ini dan kenapa anak saya di sekolah rendah layak mendapat bantuan, Saya pun mintak nama pegawai pendidikan yang incharge mengenai perkara ini untuk saya merujuk secara terperinci. PKHEM memberitahu, itu adalah keputusan pihak sekolah, lalu saya bertanya, macamana nak buat rayuan. Kata beliau, rayuan boleh diajukan kepada Pengetua.


Persoalan saya sekarang, kenapa pihak sekolah berbuat demikian dan kenapa pihak PPD tidak membuat pengumuman perkara tersebut. Kenapa Panel sekolah membuat tetapan RM3,000.00 berdasarkan gaji kasar, tanpa melihat tanggungan yang lain yg perludibayar oleh ibu bapa. Bagi saya sendiri, saya mempunyai 5 org anak. 2 di sekolah menengah, satu di sekolah rendah dan satu lagi di Tadika, bagi anak2 di sekolah menengah, saya terpaksa membayar almost RM200/  seorang semasa pendaftaran, ini belum termasuk bayaran lain2 untuk Gerko.


Setahu saya, Pada asalnya pemberian wang bantuan RM100 ini diperuntukkan untuk semua pelajar sekolah tanpa mengambil kira pedapatan ibu bapa. Tapi kenapa tahun ini benda2 seperti ini boleh terjadi. Adakan pihak PPD telah memberi pilihan kepada pihak sekolah samada untuk berbuat sesuka hati mereka atau kini tiada garis panduan yang perlu diikuti oleh pihak sekolah. Masih menjadi tanda Tanya kpd saya, kalau anak disekolah menengah tidak layak, kenapa pula anak saya yg disekolah rendah layak. kenapa tiada penyelarasan pentadbiran di sini.


Masalahnya sekarang, para ibu bapa yang mempunyai pendapatan 'lebih sedikit' dari RM3,000.00 yang amat terasa bebanannya. Pihak yang menguruskan hal ini sepatutnya mengambil kira tanggungan para ibu bapa, setahu saya, semasa pendaftaran, para ibu bapa ada mengisi borang Perakuan pendapatan dan Tanggungan dan dihantar kpd pihak sekolah. Melalui Borang ini, Pihak sekolah atau sesiapa yg berkenaan dapat mempertimbangkan keputusan yang selayaknya.


Apalah sangat RM100 ni bagi sesetengah org yg mampu, tapi bagi saya yang berpendapatan lebih sedikit dr RM3,000.00, nilai RM100.00 amat besar nilainya. Bayaran kpd pihak sekolah sendiri adalah lebih dari RM100.00 untuk seorang pelajar. Bagi saya ini AMAT TIDAK ADIL.


Persoalan saya lagi, saya adalah penerima BR1M, jadi kenapa pula saya tidak layak untuk menerima bantuan Wang Persekolahan ini. Mana Keadilan untuk golongan seperti saya ini???? mana perginya kerajaan yang prihatin dgn kesusahan dan pendidikan anak2 kita????


Saya mohon mana-mana pihak atau sesiapa yang membaca blog saya ini, untukrespond dan reply kpd saya agar saya dapat mengajukan perkara ini ke pihak atasan. Saya hanya ingin keadilan bagi golongan seperti saya. Jika saya hanya berdiam diri dan menerima semuanya bulat2 tanpa persoalan dan penjelasan, maka mudahlah pihak tertentu memperlekehkan golongan seperti saya.


Saya hanya nak keadilan bagi anak-anak saya, Dan saya harap perkara ini dapat diperjelaskan kepada saya dan saya juga akan membuat rayuan kepada pihak sekolah dan PPD agar anak2 saya mendapat bantuan Persekolahan ini. Saya pasti ada para ibu bapa yang mengalami perkara yang sama seperti saya namun hanya marah dan berdiam sahaja mungkin kerana malas untuk meredah banyak proses dan birokrasi atau mereka tidak tahu untuk berbuat apa. Namun bagi saya, saya tetap -akan memperjuangkan hak saya walaupun sesetengah pihak mungkin berpendapat ini hanya perkara remeh. Jika bantuan ini mempunyai kelayakan yg ditetapkan, maka kemana kah perginya jumlah peruntukan yg diberi oleh kerajaan bagi tujuan ini. Adakah ianya diguna pakai oleh pihak sekolah atau digunakan oleh PPD untuk tujuan lain.


Sesungguhnya, sebagai ibu yang bertungkus lumus berkerja untuk anak2, amat kecewa dgn perkara ini. Saya harap rakan blogger dapat memberi pendapat terhadap perkara ini. Terima kasih.