Monday 29 June 2015

Assalamualaikum... Syukur Alhamdulillah...hari ini dah 12 hari kita berposa. Nak cerita pasal ari marek lok k.. Hari Ahad...hari tok menu sungke kamek adalah kuih buah Melaka, Air cendol dan kuih muih dr Nekcu. Alhamdulillah... semuanya sedap. Sikecik Aina pun habis putih dgn tepung..abang pun tolong mama kat dapur. babah pulak gago dgn kerjanya kat laman. Alif letih n nengok movie sambil angkat baju kat jemuran. Hari ni, Awal pagi bos Alice dah madah bos nyuruh balit awal...Alhamdulillah...walaupun cuma setakat 5.30pm, ok lah ya dari sik ada langsung. sik lah terkilan gilak ngenang anak2 n bapak anak dirumah. N siklah driving mcm KL drift jak aku tok. Today, Ms WMC gik cuti. kerja ku tok nang betimbun tapi palak gik pening tok..dahlah cermin mata ttggal di umah. Yalah rabun tok. mun ada yg tersalah type kelak sory k. Hari tok birthday Ammar yg ke 8 tahun... selamat hari jadi Ammar, mama sentiasa doakan yg terbaik buat Ammar.1001 jak peasanan nya di rumah tek masa mama tepon ngan nya. HMMMMMMM...letih nengar celotehnya. Mudah-mudahan tahun tok ada laph rezeki lebih dr sidak bos... next week plan nak atur cuti lak. Hahahahaha... dah gago nak cuti raya tok... moga dipermudahkan semuanya untuk kamek sekeluarga.

Wednesday 24 June 2015

Puasa hari ke 7

Assalam... hari ini dah 8 hari kita berposa..Khamis, malam Jumaat... semalam mama bersolat Terawih di Masjid bersama2 anak teruna mama.. Tapi sebelum mama pergi ke masjid terjadi satu insiden dirumah. Babah kata dia letih sangat, mam bagi tau babah yang mama nak pergi solat berjemaah di masjid, babah tanya nek cu tak pergi ke, mama jawab dia gilir2 ngan mama. So, babah kata 'ok lah cam gitu. Mama pun seronok sangat sebab dapat izin dr babah setelah 1 mgu berposa, barulah dpt peluang g terawih kt masjid. So cepat2lah mama bersiap n solat maghrib kat rumah. Anak2 teruna pun sedia menunggu mama dah kat kreta. Tetiba babah panggil mama n tanya apa sal mama pegi masjid sedangkan babah dah bagi tau yg dia penat... Aiii...mama yg dah bertelekung pun terpinga2. bukan kah tadi babah dah cakap ok..Lailahaillah...mama dah tersilap...babah dah melenting dengan kata2 yg sentap..so, mama pun cakap mama terus kensel coz mama sedar kalau tak ada redha suami, maka tiadalah redha Allah...Namun babah dah marah sangat dan suruh mama keluar cepat2 sebelum kaki tangan nya naik. Nasib baik si Ammar muncul..dan cakap jomlah mama, kita pergi je, nanti kita doa agar babah tak marah lagi... Y Allah, sentap betul hati mama dgn sikap babah, mama bukannya nak pergi mana pun, dan mama dah explain yg mama silap dengar atau silap faham tadi. Sesunnguhnya Allah saja yg mengetahui.Ampunkan lah dosa ku Ya Allah. Masa di masjid, mama terus solat sekusyuk2 nya..memohon agar disejukkan hati babah...balik dari masjid, mama tak terfikir langsung dgn kemarahan babah, cuma mama berpesan pada anak2 jgn buat babah marah. Alhamdulillah, marahnya dah reda n semua ok. Semasa solat jemaah tu, bacaan Al-Fatihah imam sangat lah mendayu2 sampaikan mama mengalirkan air mata mendengar bait2 bacaan ustaz tu. Ya Allah, ampunkan lah aku tunjukkanlah aku jalan yang lurus, ampunkan lah juga dosa suamiku dan verilah petunjuk kpd kami dan moga kau jadikan lah dia seorang ayah yg penyayang kpd aku n anak serta lemah lembut tutur katanya kpd kami. Maha suci engkau ya Allah.

Sunday 21 June 2015

Berbuka Puasa dgn Famili..

Sedih nya hati di Ramadhan ini.... .... kerana tahun ini, pihak company ditempat mama bekerja tidak membenarkan pekerja muslim nya balik lebih awal. Waktu bekerja kami adalah dari jam 9.00 am hingga 6.00pm, Tahun 2012 & 2013 kami dibenarkan balik jam 5.00pm, tahun 2014 balik jam 5.30pm tapi tahun ini tetap balik jam 6.00 pm. Dulu, walau pun kami balik awal, waktu rehat kami dipendekkam (maksudnya tiada waktu rehat). Alasan yang diberi adalah tak adil untuk pekerja lain. kami bukannnya mintak keluar dari jam 4.00pm pun, cuma atleast dr jam 5.30pm, kerana waktu berbuka kami di Miri adalah jam 6.37pm...jarak ofis dr rumah adalah kira2 20km, ambik kira traffic jam, atleast jam 5.30pm tu pun kita kira dah ok. Rasa sedih sangat, krn kena fikirkan anak2 yg ada kat rumah. .....Hari pertama puasa, dah rasa sedih sangat...memang rushing gilerr bila driving...doa je tak ada apa2 masa driving balik. Sampai kat rumah, azan memang dah berlalu...tengok si abang cuma berbuka dgn air sirap bandung, nasib baik mama ada masak nasi n lauk awal pagi..mama balik barulah abang makan kuih muih yg mama beli. ....Hari ke-dua puasa (Jumaat), semua hero ada kat rumah, pun sama, mama sampai rumah azan Maghrib dah berlalu. Sedihkan... sampai kat rumah rushing pulak nak sediakan juadah.mama cuma minum air n makan buah tamar je. Rushing mandi n solat Maghrib, and terus pergi ambil princess dr umah mak ngah. ....Hari ke-3 & 4, Alhamdulillah dapat bersama anak2 berbuka di rumah...riuh rendah semuanya. hari2 yang lain sunyi je.... nak rushing sana-sini. ....Hari ke-5, sekali lagi rasa sedih n tak puas hati dgn pihak management ni...dia org ni memang berat sebelah, ini krn Muslim adalah minoriti dlm company. kalau perayaan lain, awal2 lagi pelepasan n keistimewaan diberi, tak payah nak request, tau2 dah di beri. Teruk sangat ke kalau kami dibenarkan pulang awal, staff lain pun boleh ganti sekejap. Terfikir juga mama nak email kpd Datuk, tapi takut nanti salah pulak. Pihak HOD kat branch level tak berani & tak dapt buat keputusan, kena malalui HR, memang sah tak dapat atas alasan tak diberi. Yang peliknya, pekerja site boleh pulak di adjust time kerjanya dan balik jam 4.00 pm. Or is it Datuk tak tahu masalah ini. Sangat2 menyedihkan, this is what happen kalau we are the minority...selalu ditindas..bila time nak disuruh buat kerja, macam2 dijanjikan bulan dan bintang pun boleh,tapi dari segi perkara macam ni, nak mintak pelepasan balik awal pun tersangatlah susahnya. ....Mama nekad, andai hari ini tiada jawapan yg dapat membenarkan kami balik awal, mama nekad akan cuba mintak pelepasan dari Datuk sendiri. Walau apa sekalipun... mama tetap akan cuba...demi ibadat puasa yg dijalankan dan demi anak2 serta keluarga tersayang.

Wednesday 17 June 2015

Ramadhan oh Ramadhan...

Assalamualaikum.... Alhamdulillah..bertemu lagi dgn Bulan yg mulia ini..Ramadhan.. Moga diizinkan sehingga tamat 30 hari beribadat di bulan yang mulia ini. Tahun ini adalah tahun pertama kami berpuasa di rumah ini. Ammar sangat excited untuk bersahur dan berpuasa pada kali ini, Ain pun sama. Cuma Danial & Alif spt biasa je.. Pagi tadi bersahur jam 4.00am, nasib baik baby Aina yg 'kejutkan', kalau tidak terbabas lah mama n anak2. Alhamdulillah anak2 senang dikejutkan untuk bersahur. Menu simple je,..ikan masak asam..sayur labu.Alif hanya minum secawan milo n kek . Ammar & abang makan nasi, mama pula hanya makan buah kurma n air susu. Rasa excited nak puasa walaupun banyak rintangan yg menimpa. Ini semua dugaan semasa membesarkan anak2. Masing2 ada perangai sendiri. hanya terpulang kepada kita nak menangani nya dgn cara kita masing. samada nak bersabar, dan ambil tindakan yg sewajarnya atau marah n naik hangin. Mama rasa tidak wajar dibulan baik ini nak marah2 je, lebih baik guna cara yg slow tapi sampai ke lubuk hati anak2. Kesian kat Danial & Alif...mama tahu kamu buat salah tapi mama pun tak setuju dgn apa yg babah buat, maafkan mama anakku. Mama dah cuba pujuk & bagi tau babah tapi babah tetap berfikiran mcm tu. Mama dah cuba yg terbaik. Itulah sebabnya mama sentiasa ingatkan anak2 mama untuk sentiasa ingat pesan mama, jangan sekali2 lupa, tapi apa pun yg berlaku, mama nak Danial & alif faham, babah buat begitu kerana babah sayang anak2 babah. Babah tak nak nanti anak2 babah hilang pedoman dan jadi anak derhaka. Ingat pesan mama sayang. Di bulan yang mulia ini, jom kita perbanyakkan ibadat solat sunat, berterawih dan berdoa agar kita mendapat hidayah dan rahmat Allah, moga kita semua dilindungi dan dimurahkan rezeki serta menjadi penghuni Jannah nanti. Mama sentiasa cuba buat yang terbaik buat anak2 mama.Mama mohon anak2 mama pun begitu jua. Mama doakan kita semua diberikan kesihatan yang baik agar kita dapat menjalankan ibadah puasa genap sebulan. Ingatlah anak2 ku...mama sayang kamu semua.