Sunday, 21 June 2015

Berbuka Puasa dgn Famili..

Sedih nya hati di Ramadhan ini.... .... kerana tahun ini, pihak company ditempat mama bekerja tidak membenarkan pekerja muslim nya balik lebih awal. Waktu bekerja kami adalah dari jam 9.00 am hingga 6.00pm, Tahun 2012 & 2013 kami dibenarkan balik jam 5.00pm, tahun 2014 balik jam 5.30pm tapi tahun ini tetap balik jam 6.00 pm. Dulu, walau pun kami balik awal, waktu rehat kami dipendekkam (maksudnya tiada waktu rehat). Alasan yang diberi adalah tak adil untuk pekerja lain. kami bukannnya mintak keluar dari jam 4.00pm pun, cuma atleast dr jam 5.30pm, kerana waktu berbuka kami di Miri adalah jam 6.37pm...jarak ofis dr rumah adalah kira2 20km, ambik kira traffic jam, atleast jam 5.30pm tu pun kita kira dah ok. Rasa sedih sangat, krn kena fikirkan anak2 yg ada kat rumah. .....Hari pertama puasa, dah rasa sedih sangat...memang rushing gilerr bila driving...doa je tak ada apa2 masa driving balik. Sampai kat rumah, azan memang dah berlalu...tengok si abang cuma berbuka dgn air sirap bandung, nasib baik mama ada masak nasi n lauk awal pagi..mama balik barulah abang makan kuih muih yg mama beli. ....Hari ke-dua puasa (Jumaat), semua hero ada kat rumah, pun sama, mama sampai rumah azan Maghrib dah berlalu. Sedihkan... sampai kat rumah rushing pulak nak sediakan juadah.mama cuma minum air n makan buah tamar je. Rushing mandi n solat Maghrib, and terus pergi ambil princess dr umah mak ngah. ....Hari ke-3 & 4, Alhamdulillah dapat bersama anak2 berbuka di rumah...riuh rendah semuanya. hari2 yang lain sunyi je.... nak rushing sana-sini. ....Hari ke-5, sekali lagi rasa sedih n tak puas hati dgn pihak management ni...dia org ni memang berat sebelah, ini krn Muslim adalah minoriti dlm company. kalau perayaan lain, awal2 lagi pelepasan n keistimewaan diberi, tak payah nak request, tau2 dah di beri. Teruk sangat ke kalau kami dibenarkan pulang awal, staff lain pun boleh ganti sekejap. Terfikir juga mama nak email kpd Datuk, tapi takut nanti salah pulak. Pihak HOD kat branch level tak berani & tak dapt buat keputusan, kena malalui HR, memang sah tak dapat atas alasan tak diberi. Yang peliknya, pekerja site boleh pulak di adjust time kerjanya dan balik jam 4.00 pm. Or is it Datuk tak tahu masalah ini. Sangat2 menyedihkan, this is what happen kalau we are the minority...selalu ditindas..bila time nak disuruh buat kerja, macam2 dijanjikan bulan dan bintang pun boleh,tapi dari segi perkara macam ni, nak mintak pelepasan balik awal pun tersangatlah susahnya. ....Mama nekad, andai hari ini tiada jawapan yg dapat membenarkan kami balik awal, mama nekad akan cuba mintak pelepasan dari Datuk sendiri. Walau apa sekalipun... mama tetap akan cuba...demi ibadat puasa yg dijalankan dan demi anak2 serta keluarga tersayang.

No comments:

Post a Comment