Wednesday, 17 June 2015
Ramadhan oh Ramadhan...
Assalamualaikum.... Alhamdulillah..bertemu lagi dgn Bulan yg mulia ini..Ramadhan.. Moga diizinkan sehingga tamat 30 hari beribadat di bulan yang mulia ini. Tahun ini adalah tahun pertama kami berpuasa di rumah ini. Ammar sangat excited untuk bersahur dan berpuasa pada kali ini, Ain pun sama. Cuma Danial & Alif spt biasa je..
Pagi tadi bersahur jam 4.00am, nasib baik baby Aina yg 'kejutkan', kalau tidak terbabas lah mama n anak2. Alhamdulillah anak2 senang dikejutkan untuk bersahur. Menu simple je,..ikan masak asam..sayur labu.Alif hanya minum secawan milo n kek . Ammar & abang makan nasi, mama pula hanya makan buah kurma n air susu.
Rasa excited nak puasa walaupun banyak rintangan yg menimpa. Ini semua dugaan semasa membesarkan anak2. Masing2 ada perangai sendiri. hanya terpulang kepada kita nak menangani nya dgn cara kita masing. samada nak bersabar, dan ambil tindakan yg sewajarnya atau marah n naik hangin. Mama rasa tidak wajar dibulan baik ini nak marah2 je, lebih baik guna cara yg slow tapi sampai ke lubuk hati anak2. Kesian kat Danial & Alif...mama tahu kamu buat salah tapi mama pun tak setuju dgn apa yg babah buat, maafkan mama anakku. Mama dah cuba pujuk & bagi tau babah tapi babah tetap berfikiran mcm tu. Mama dah cuba yg terbaik.
Itulah sebabnya mama sentiasa ingatkan anak2 mama untuk sentiasa ingat pesan mama, jangan sekali2 lupa, tapi apa pun yg berlaku, mama nak Danial & alif faham, babah buat begitu kerana babah sayang anak2 babah. Babah tak nak nanti anak2 babah hilang pedoman dan jadi anak derhaka. Ingat pesan mama sayang.
Di bulan yang mulia ini, jom kita perbanyakkan ibadat solat sunat, berterawih dan berdoa agar kita mendapat hidayah dan rahmat Allah, moga kita semua dilindungi dan dimurahkan rezeki serta menjadi penghuni Jannah nanti. Mama sentiasa cuba buat yang terbaik buat anak2 mama.Mama mohon anak2 mama pun begitu jua. Mama doakan kita semua diberikan kesihatan yang baik agar kita dapat menjalankan ibadah puasa genap sebulan. Ingatlah anak2 ku...mama sayang kamu semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment