Sunday 17 July 2016

Cerita Lepas Hari raya

hari ini...13 Syawal...hmmm rasanya terlalu cepat masa berlalu.


Mr Asben tak kerja hari ni coz tak sihat. Kesian jugak kat dia tapi tak tau nak buat mcm mana lagi. stress juga dengar crita di tempat kerja yg banyak birokrasi. Sabar jelah yer dear.


Hari ni boss travelling g btu..ish ish ish..banyak juga crita ploitik kat opis ni, tapi kena tahan telinga dan kena selidik betul2 setipa kali dapat crita baru...bahaya..kalau main terjah jer, krn ada yg ambik kesempatan dalam kesempitan. Talam pun banyak, Ms Hippo pun ada jugak..hahahaha..faham2 jer lah.


As for my Aina, hari ni dia masih tak sihat, batuk2 so, tak hantar lagi g skolah. Macam2 hal kat rumah n mr Asben pun mcm2 peel yg ada...


Dalam menangani masalah dan crita2 ni, hanya Allah tempat mengadu n berserah, moga sentiasa mendapat pedoman darinya.










Rebut Duit Raya RM50.00 By Cik Akak




Jom rebut Duit Raya dari cik Akak ni..


Klik entri ni http://sweetyzhanieyz83.blogspot.my/2016/07/rebut-duit-raya-rm5000-by-cik-akak.html


Moga murah rezeki...









Monday 4 April 2016

Damailah kau disana my dearest friend...

Hari Sabtu lepas dapat berita dr wassap group saying that she passed away last nite (Friday @ 9pm). So shocked. So with a friend, we went to her house ... waiting for her body to arrive fr Mukah... when she is already in the cooler...I can see her face was so calm.. good bye my dearest friend..you will always be missed. our chat in my wassap is still not deleted. I will let it be there as long as it can be.
May you rest in peace....pergi sudah kesengsaraan dan kesakitan yg kau alami selama bertahun ini...





Thursday 3 March 2016

Wang Bantuan Persekolahan RM100

                                           (gambar sekadar hiasan...)                                      


Bermacam-macam persoalan timbul difikiran... hari ini, ingatkan nak pergi SMK nak ambik wang bantuan. Sebenarnya last week dah keluar tapi tak sempat nak ambik. So, pagi ini, decided nak pergi sekolah dulu sebelum pergi office. Saya cubalah wassap dgn PKHEM sekolah tapi tak berjawap sampai tghari. In the end, sy terus call pejabat am dan bertanya. 1st time call, katanya boleh ambik kat pejabat jer, so esok decide lagi nak pergi sekolah. Then tetiba PKHEM reply wassap n beritahu anak2 saya (tkt 1 & 3), tak layak dapat bantuan kerana merujuk kepada bukti payslip, Pendapatan isi rumah kami melebihi RM3,000.00.


Saya pun terus call PKHEM, dan bertanya kenapa tiada pemberitahuan dari pihak PPD mengenai perkara ini dan kenapa anak saya di sekolah rendah layak mendapat bantuan, Saya pun mintak nama pegawai pendidikan yang incharge mengenai perkara ini untuk saya merujuk secara terperinci. PKHEM memberitahu, itu adalah keputusan pihak sekolah, lalu saya bertanya, macamana nak buat rayuan. Kata beliau, rayuan boleh diajukan kepada Pengetua.


Persoalan saya sekarang, kenapa pihak sekolah berbuat demikian dan kenapa pihak PPD tidak membuat pengumuman perkara tersebut. Kenapa Panel sekolah membuat tetapan RM3,000.00 berdasarkan gaji kasar, tanpa melihat tanggungan yang lain yg perludibayar oleh ibu bapa. Bagi saya sendiri, saya mempunyai 5 org anak. 2 di sekolah menengah, satu di sekolah rendah dan satu lagi di Tadika, bagi anak2 di sekolah menengah, saya terpaksa membayar almost RM200/  seorang semasa pendaftaran, ini belum termasuk bayaran lain2 untuk Gerko.


Setahu saya, Pada asalnya pemberian wang bantuan RM100 ini diperuntukkan untuk semua pelajar sekolah tanpa mengambil kira pedapatan ibu bapa. Tapi kenapa tahun ini benda2 seperti ini boleh terjadi. Adakan pihak PPD telah memberi pilihan kepada pihak sekolah samada untuk berbuat sesuka hati mereka atau kini tiada garis panduan yang perlu diikuti oleh pihak sekolah. Masih menjadi tanda Tanya kpd saya, kalau anak disekolah menengah tidak layak, kenapa pula anak saya yg disekolah rendah layak. kenapa tiada penyelarasan pentadbiran di sini.


Masalahnya sekarang, para ibu bapa yang mempunyai pendapatan 'lebih sedikit' dari RM3,000.00 yang amat terasa bebanannya. Pihak yang menguruskan hal ini sepatutnya mengambil kira tanggungan para ibu bapa, setahu saya, semasa pendaftaran, para ibu bapa ada mengisi borang Perakuan pendapatan dan Tanggungan dan dihantar kpd pihak sekolah. Melalui Borang ini, Pihak sekolah atau sesiapa yg berkenaan dapat mempertimbangkan keputusan yang selayaknya.


Apalah sangat RM100 ni bagi sesetengah org yg mampu, tapi bagi saya yang berpendapatan lebih sedikit dr RM3,000.00, nilai RM100.00 amat besar nilainya. Bayaran kpd pihak sekolah sendiri adalah lebih dari RM100.00 untuk seorang pelajar. Bagi saya ini AMAT TIDAK ADIL.


Persoalan saya lagi, saya adalah penerima BR1M, jadi kenapa pula saya tidak layak untuk menerima bantuan Wang Persekolahan ini. Mana Keadilan untuk golongan seperti saya ini???? mana perginya kerajaan yang prihatin dgn kesusahan dan pendidikan anak2 kita????


Saya mohon mana-mana pihak atau sesiapa yang membaca blog saya ini, untukrespond dan reply kpd saya agar saya dapat mengajukan perkara ini ke pihak atasan. Saya hanya ingin keadilan bagi golongan seperti saya. Jika saya hanya berdiam diri dan menerima semuanya bulat2 tanpa persoalan dan penjelasan, maka mudahlah pihak tertentu memperlekehkan golongan seperti saya.


Saya hanya nak keadilan bagi anak-anak saya, Dan saya harap perkara ini dapat diperjelaskan kepada saya dan saya juga akan membuat rayuan kepada pihak sekolah dan PPD agar anak2 saya mendapat bantuan Persekolahan ini. Saya pasti ada para ibu bapa yang mengalami perkara yang sama seperti saya namun hanya marah dan berdiam sahaja mungkin kerana malas untuk meredah banyak proses dan birokrasi atau mereka tidak tahu untuk berbuat apa. Namun bagi saya, saya tetap -akan memperjuangkan hak saya walaupun sesetengah pihak mungkin berpendapat ini hanya perkara remeh. Jika bantuan ini mempunyai kelayakan yg ditetapkan, maka kemana kah perginya jumlah peruntukan yg diberi oleh kerajaan bagi tujuan ini. Adakah ianya diguna pakai oleh pihak sekolah atau digunakan oleh PPD untuk tujuan lain.


Sesungguhnya, sebagai ibu yang bertungkus lumus berkerja untuk anak2, amat kecewa dgn perkara ini. Saya harap rakan blogger dapat memberi pendapat terhadap perkara ini. Terima kasih.








Tuesday 23 February 2016

Rindu Abang...

Salam Hari Rabu....,


dah 11 hari abang kat rumah Nek Ngah.(sejak 14hb Feb), sebenarnya mama rindu sangat kat abang. Mama rasa serba salah dgn tindakan yg mama buat ni. Setiap hari dan setiap detik mama berfikir apakah yang mama buat ni betul atau salah.


Mama sedih sebenarnya dgn apa yang berlaku, mama faham perasaan abang yg terpaksa tinggal dan berada di rumah orang yang kita tak biasa. Sejak kecil sememangnya abang hanya dibesarkan oleh mama dan nekcu. 2 buah rumah inilah teduhan abang. Kini tentu abang rasa amat janggal berada di rumah yang abang tidak terfikir akan berada di sana.


Mama faham abang sangat rindu dgn suasana kat rumah serta adek2, kerana adek2 juga rindukan abang.Mereka sering bertanyakan mama bila abang akan balik.Amat berat rasa hati mama berjauhan dgn abang lebih2 lagi dlm keadaan begini tapi mama harus cekal dan terus berdoa dan berusaha agar abang dapat terus sekolah spt biasa. Biarlah apa orang lain nak cakap tentang kita, yang penting semua yang mama buat ni untuk kebaikan abang dan masa depan abang.


Mama amat terasa hati dgn kata2 Aunty pada hari mama hantar abang hari tu, mama malu dan mama faham, aunty boleh bercakap demikian krn anak2 aunty semuanya dah Berjaya, tidak berkelakuan spt anak mama ni. Mama nangis  tapi mama pendamkan jer. Mama mintak maaf kat abang jika mama buat abang sedih.


Mama harap abang dapat berbakti kpd nek ngah & Usu semasa bersama mereka...mama doakan abang segala kebaikan dunia dan akhirat, jgn tinggalkan solat, segala yang baik kita jadikan contoh teladan dan amalan, yang tidak baik kita jadikan benteng.


Jadilah anak yang baik dan berjasa kpd kedua org tua dan masyarakat serta sentiasa patut kpd suruhan Allah & Rasulnya...


 
 

Saturday 20 February 2016

2016...permulaan yang amat mencabar buatku


Bermula dari January...hinggalah kini  (20/02/2016)...bermacam dugaan ku alami.
bermula dengan abang...sehinggalah kini...
Ya allah, kurniakan aku hati yang tabah & jadikan aku orang yang sabar.. moga ujian ini menjadikan aku hamba mu yang lebih baik di akhirat kelak.


Untuk anak-anakku, mama mohon maaf jika mama banyak buat salah...



My little princesses

Happy bday to 2 puteri mama yg manis..