dah 11 hari abang kat rumah Nek Ngah.(sejak 14hb Feb), sebenarnya mama rindu sangat kat abang. Mama rasa serba salah dgn tindakan yg mama buat ni. Setiap hari dan setiap detik mama berfikir apakah yang mama buat ni betul atau salah.
Mama sedih sebenarnya dgn apa yang berlaku, mama faham perasaan abang yg terpaksa tinggal dan berada di rumah orang yang kita tak biasa. Sejak kecil sememangnya abang hanya dibesarkan oleh mama dan nekcu. 2 buah rumah inilah teduhan abang. Kini tentu abang rasa amat janggal berada di rumah yang abang tidak terfikir akan berada di sana.
Mama faham abang sangat rindu dgn suasana kat rumah serta adek2, kerana adek2 juga rindukan abang.Mereka sering bertanyakan mama bila abang akan balik.Amat berat rasa hati mama berjauhan dgn abang lebih2 lagi dlm keadaan begini tapi mama harus cekal dan terus berdoa dan berusaha agar abang dapat terus sekolah spt biasa. Biarlah apa orang lain nak cakap tentang kita, yang penting semua yang mama buat ni untuk kebaikan abang dan masa depan abang.
Mama amat terasa hati dgn kata2 Aunty pada hari mama hantar abang hari tu, mama malu dan mama faham, aunty boleh bercakap demikian krn anak2 aunty semuanya dah Berjaya, tidak berkelakuan spt anak mama ni. Mama nangis tapi mama pendamkan jer. Mama mintak maaf kat abang jika mama buat abang sedih.
Mama harap abang dapat berbakti kpd nek ngah & Usu semasa bersama mereka...mama doakan abang segala kebaikan dunia dan akhirat, jgn tinggalkan solat, segala yang baik kita jadikan contoh teladan dan amalan, yang tidak baik kita jadikan benteng.
Jadilah anak yang baik dan berjasa kpd kedua org tua dan masyarakat serta sentiasa patut kpd suruhan Allah & Rasulnya...
No comments:
Post a Comment