Wednesday, 29 July 2015
Sedih... tersangatlah tak adil...
Ya Allah...sedihnnya rasa hati...actually rasa sedih dan terkilan ni dah beberapa hari dah...tapi sy masih bawak senyum jer...kenapa sedih?????....sebabnya terkilan kerana hari tu masa raya dah lah gaji tak masuk awal, Syukur ada Mr Asben yg dapat bonus, dapatlah beraya lebih sikit. Nak harap ngan co. tpt sy kerja ni...jgn harap. memang ikut tarikh mcm biasa. satu lagi yg buat sentap... org lain dlm dept sy ni semua dapat bonus, ada yg 1 bulan dan ada yg stgh bulan...tapi malang nya sy tak dak langsung... apa masalahnya ni... rasa mcm nak menjerit jer. tanya kat boss, dia kata tgu dlm satu hari dulu, tapi ni dah 3 hari, memang sah tak da. tak achieve KPI ke...tapi masa review dah ok jer. org lain buat kerja cincai pun dapat bonus, apahal sy tak dapat. Ni yang tak puas hati ni.... org lain selalu keluar break n hisap rokok pun dapat, sy pun buat kerja lain, siap tolong buat kerja org lain lagi, tapi apa yg sy dapat??? selama ni sy siap beri tunjuk ajar dan tolong org lain buat kerja dia org, tapi co. tak hargai langsung..bukanlah nak berkira tapi bila dah jadi macam ni, really demotivate me. Rupanya kat dept sale ni ada 3 org tak dapat...2 org cleaner (satunya dah kerja lebih 18 tahun), n kat site ofc pun ramai yang tak dapat...so, banyak lah yg tak puas hati nih.
In my case, rasanya memang tak adil. I follow all procedures, I pun achieve the rest of my colleague achieved, and my task pun tak ada yang I tak perform..infact my task tak sama mcm org lain...kenapa yg lain dapat tapi I tak dapat...ni kena investigate ni..memang tak puas hati. Ni yang nak buat semangat berkobar2 nak cari sumber pendapatan lain. Tak worth langsung bila keringat n masa kita tak dihargai, sedangkan org lain yang kerja sambil lewa dan kita pulak tolong buatkan kerja mereka, pulak dapt dihargai..mana keadilannya... rasanya nak menjerit jer...
semalam, boss bagi tau ada PC baru for me...hmmmm...sy cuma jawab... whatever lah boss...tak de mood. what different does it make, Pc tercanggih sekali pun kalau semangat tak de, n efforts tak dihargai, baik tak yah. I lebih suka PC lama lagi...
Pagi ni....Boss 2 org tak de.. pegi o/station. so, ramailah yg ngular breakfast kat luar....adil ke mcm tu...kita ni yg setia kat opis tak juga org nampak. Sakit betul hati ni.
Mr Asben said sabar n redha, InsyaAllah ada rezeki yang lebih besar/baik darpd itu. Sy cuba pujuk hati untuk redha n syukur.Teringat cerita sorang Ustaz kat radio hari Isnin tu... Saidina Umar dtg berjumpa Rasulullah SAW dan melihat badan nabi berbekas oleh pelepah kurma tpt nabi tidur, lalu Saidina Umar menangis dan nabi bertanya kenapa beliau menangis....beliau menjawab...beliau sedih melihat keaddan nabi kekasih Allah dalam keadaan demikian, sedangkan Raja Rome hidup di dalam Singggahsana yang mewah, tidur di atas tilam yang empuk...lalu Nabi berkata "tidak kah kau redha wahai Umar, kekayaan dan kemewahan yang sementara di dunia ini milik mereka, tapi kekayaan dan kemewahan yangkekal diakhirat kelak menjadi milik kita ...."..teringat akan cerita ini... aku redha dgn apa yang terjadi... aku ikhlaskan segala titik peluh aku demi anak2 aku mendapat rizqi halal. Moga Allah merahmati aku. Kuatkan lah iman dan kesabaran ku ya Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment