Thursday 17 September 2015

My September...

Salam Jumaat buat anak2 mama.... hari ni hari Jumaat (18 Sept 2015 = 04 Zulhijjah 1436). Banyak insiden terjadi dalam minggu ini... 1. 08 Sept (Selasa) - mama ambik cuti 1/2 hari sebab nak temankan ALif UPSR hari pertama. Berdebar-debar sangat. Mamasentiasa berdoa Alif Lulus dalam semua subjek. 09 Sept - mama kerja macam biasa. Alif masih exam, tetap mama berdoa dan berdebar. 10 Sep - Last day UPSR - Mama tunggu sampai tengahari...Alif habis UPSR jam 4.15pm. Moga yang terbaik untuk anak ku Alif Qastari. Selesai jer UPSR, mama lega sekejap untuk Alif. 2. 11 Sept (Jumaat) - Hari lahir tuan punya blog.. ceh... sempat juak g renew Lisence/renew IC and g interview ....mek cuti ari tok bi.. 3. 15 Sep- Cgu Rosma telefon, bagi tau tentang Danish...hati mama risau balik tentang anak mama yang sorang ni.Gert pun tak hadir kerja coz sakit. tinggallah mama jer kat opis, jadi sotong. Lari sana sini. huish..sabor je lah. 4. 16 Sept 2015 - Hari Malaysia. Mama cuti n duk kat umah jer. Babah pulak kerja.Si Ammar pula takde ( berambeh d rumah mak ngah).Malaysia- Sehati Sejiwa... Malam-monsoon barat daya muncul tiba2. Ya Allah ampunkan dosaku. 5. 17 Sept - Cgu Shahron pula telefon, lagilah mama risau. apa nak jadi dgn anak mama ni...sedih sangat2 mama dibuatnya. Mama cuma nak pesan kat anak2 mama...pelajaran tu tersangatlah pentingnya untuk masa depan, menyesal di kemudian hari tak de faedahnya. Mama & babah kerja siang malam untuk anak2 mama. Tugas anak2 mama adalah belajar dan berjaya, dan menjadi anak2 yang soleh dan solehah. Mama tak nak babah dok marah2 n maki hamun anak2 mama. Mama sedih bila anak2 mama buat silap, ingat lah pesan mama, jgn tinggal solat, sentasa ingat Allah & Rasul nya. Cuba kita renung balik... ada org yg lebih susah dari kita, rumah tak da bekalan elektrik, malam cuma guna bateri kereta jer..tapi masih mampu belajar dan bersemangat untuk maju. Mama nak anak2 mama begitu. Mama mohon agar anak2 mama menjadi yang terbaik di dunia dan lebih lagi di akhirat kelak. Untuk kawan ku Getrude, moga kau cepat sembuh dan dapat bertugas seperi biasa. We miss u oready....

No comments:

Post a Comment