Friday, 30 October 2015

My everything...

Jumaat / 30/10/2015

these are my sweethearts....

jayrinarrashid.com





Sunday, 11 October 2015

New app for blogging

Testing new app for mobile blog....
INI krn app before this susah Sgt nk    update blog on the go..


Assalamualaikum...hari ni tinggal satu hari je lagi kita nak meninggalkan tahun Hijrah 1436 ni...rasanya masa terlalu pantas berlalu. Namun hakikatnya kita masih macam ni... Ya Allah, kau berkatilah aku n keluargaku dan bimbinglah kami kejalan yg benar. Tetapkanlah hati kami untuk sentiasa mengingatimu. Jadikanlah aku ibu yg dapat membimbing anak2ku ke syurga mu. Jadikan suamiku seorang ayah yang menjadi imam kpd kami dan membawa kami ke syurga mu serta jauhilah kami dari siksa api neraka mu. Berkatilah kehidupan kami di dunia dan akhirat. Kuatkanlah aku dalam membimbing anak2 ku agar mereka menjadi manusia yang berguna. Moga mereka menjadi anak2 yang soleh dan solehah.

Monday, 5 October 2015

Fenomena Laut bercahaya Biru di sepanjang pantai Luak, Miri


MasyaAllah... cantiknya pemandangan yang aku aku tengok ni... org kata fenomena ini cuma terdapat di beberapa tempat di dunia spt di Pulau Matsu, Taiwan, dan di kepulauan Maldives. Waaaa tak sangka di sini, hanya dengan berjalan kaki dari rumah aku pun ada juga...Inilah ciptaan Ilahi...kengkawan tengok lah yer... sayangnya malam tadi, my hp low bat, tak dpt ambik gambar. ni sy ambik dari Borneo Post. Kalau ada peluang malam ni nak pergi lagi, nak bawa kamera dslr sekali...

Thursday, 17 September 2015

My September...

Salam Jumaat buat anak2 mama.... hari ni hari Jumaat (18 Sept 2015 = 04 Zulhijjah 1436). Banyak insiden terjadi dalam minggu ini... 1. 08 Sept (Selasa) - mama ambik cuti 1/2 hari sebab nak temankan ALif UPSR hari pertama. Berdebar-debar sangat. Mamasentiasa berdoa Alif Lulus dalam semua subjek. 09 Sept - mama kerja macam biasa. Alif masih exam, tetap mama berdoa dan berdebar. 10 Sep - Last day UPSR - Mama tunggu sampai tengahari...Alif habis UPSR jam 4.15pm. Moga yang terbaik untuk anak ku Alif Qastari. Selesai jer UPSR, mama lega sekejap untuk Alif. 2. 11 Sept (Jumaat) - Hari lahir tuan punya blog.. ceh... sempat juak g renew Lisence/renew IC and g interview ....mek cuti ari tok bi.. 3. 15 Sep- Cgu Rosma telefon, bagi tau tentang Danish...hati mama risau balik tentang anak mama yang sorang ni.Gert pun tak hadir kerja coz sakit. tinggallah mama jer kat opis, jadi sotong. Lari sana sini. huish..sabor je lah. 4. 16 Sept 2015 - Hari Malaysia. Mama cuti n duk kat umah jer. Babah pulak kerja.Si Ammar pula takde ( berambeh d rumah mak ngah).Malaysia- Sehati Sejiwa... Malam-monsoon barat daya muncul tiba2. Ya Allah ampunkan dosaku. 5. 17 Sept - Cgu Shahron pula telefon, lagilah mama risau. apa nak jadi dgn anak mama ni...sedih sangat2 mama dibuatnya. Mama cuma nak pesan kat anak2 mama...pelajaran tu tersangatlah pentingnya untuk masa depan, menyesal di kemudian hari tak de faedahnya. Mama & babah kerja siang malam untuk anak2 mama. Tugas anak2 mama adalah belajar dan berjaya, dan menjadi anak2 yang soleh dan solehah. Mama tak nak babah dok marah2 n maki hamun anak2 mama. Mama sedih bila anak2 mama buat silap, ingat lah pesan mama, jgn tinggal solat, sentasa ingat Allah & Rasul nya. Cuba kita renung balik... ada org yg lebih susah dari kita, rumah tak da bekalan elektrik, malam cuma guna bateri kereta jer..tapi masih mampu belajar dan bersemangat untuk maju. Mama nak anak2 mama begitu. Mama mohon agar anak2 mama menjadi yang terbaik di dunia dan lebih lagi di akhirat kelak. Untuk kawan ku Getrude, moga kau cepat sembuh dan dapat bertugas seperi biasa. We miss u oready....

Thursday, 27 August 2015

My new love...

Hari ni dah tambah lagi enam jenis cactus dlm koleksi mama. Agak2 babah akan cakap apa ya nanti.....

Wednesday, 29 July 2015

Sedih... tersangatlah tak adil...

Ya Allah...sedihnnya rasa hati...actually rasa sedih dan terkilan ni dah beberapa hari dah...tapi sy masih bawak senyum jer...kenapa sedih?????....sebabnya terkilan kerana hari tu masa raya dah lah gaji tak masuk awal, Syukur ada Mr Asben yg dapat bonus, dapatlah beraya lebih sikit. Nak harap ngan co. tpt sy kerja ni...jgn harap. memang ikut tarikh mcm biasa. satu lagi yg buat sentap... org lain dlm dept sy ni semua dapat bonus, ada yg 1 bulan dan ada yg stgh bulan...tapi malang nya sy tak dak langsung... apa masalahnya ni... rasa mcm nak menjerit jer. tanya kat boss, dia kata tgu dlm satu hari dulu, tapi ni dah 3 hari, memang sah tak da. tak achieve KPI ke...tapi masa review dah ok jer. org lain buat kerja cincai pun dapat bonus, apahal sy tak dapat. Ni yang tak puas hati ni.... org lain selalu keluar break n hisap rokok pun dapat, sy pun buat kerja lain, siap tolong buat kerja org lain lagi, tapi apa yg sy dapat??? selama ni sy siap beri tunjuk ajar dan tolong org lain buat kerja dia org, tapi co. tak hargai langsung..bukanlah nak berkira tapi bila dah jadi macam ni, really demotivate me. Rupanya kat dept sale ni ada 3 org tak dapat...2 org cleaner (satunya dah kerja lebih 18 tahun), n kat site ofc pun ramai yang tak dapat...so, banyak lah yg tak puas hati nih. In my case, rasanya memang tak adil. I follow all procedures, I pun achieve the rest of my colleague achieved, and my task pun tak ada yang I tak perform..infact my task tak sama mcm org lain...kenapa yg lain dapat tapi I tak dapat...ni kena investigate ni..memang tak puas hati. Ni yang nak buat semangat berkobar2 nak cari sumber pendapatan lain. Tak worth langsung bila keringat n masa kita tak dihargai, sedangkan org lain yang kerja sambil lewa dan kita pulak tolong buatkan kerja mereka, pulak dapt dihargai..mana keadilannya... rasanya nak menjerit jer... semalam, boss bagi tau ada PC baru for me...hmmmm...sy cuma jawab... whatever lah boss...tak de mood. what different does it make, Pc tercanggih sekali pun kalau semangat tak de, n efforts tak dihargai, baik tak yah. I lebih suka PC lama lagi... Pagi ni....Boss 2 org tak de.. pegi o/station. so, ramailah yg ngular breakfast kat luar....adil ke mcm tu...kita ni yg setia kat opis tak juga org nampak. Sakit betul hati ni. Mr Asben said sabar n redha, InsyaAllah ada rezeki yang lebih besar/baik darpd itu. Sy cuba pujuk hati untuk redha n syukur.Teringat cerita sorang Ustaz kat radio hari Isnin tu... Saidina Umar dtg berjumpa Rasulullah SAW dan melihat badan nabi berbekas oleh pelepah kurma tpt nabi tidur, lalu Saidina Umar menangis dan nabi bertanya kenapa beliau menangis....beliau menjawab...beliau sedih melihat keaddan nabi kekasih Allah dalam keadaan demikian, sedangkan Raja Rome hidup di dalam Singggahsana yang mewah, tidur di atas tilam yang empuk...lalu Nabi berkata "tidak kah kau redha wahai Umar, kekayaan dan kemewahan yang sementara di dunia ini milik mereka, tapi kekayaan dan kemewahan yangkekal diakhirat kelak menjadi milik kita ...."..teringat akan cerita ini... aku redha dgn apa yang terjadi... aku ikhlaskan segala titik peluh aku demi anak2 aku mendapat rizqi halal. Moga Allah merahmati aku. Kuatkan lah iman dan kesabaran ku ya Allah.

Tuesday, 14 July 2015

Salam AidilFittri

Assalamualaikum, hari ni last kerja, esok mula cuti. Tapi macam banyak lah pulak kerja nak dipolah. Hmmm seronok juak nak cuti tapi bila fikir pasal kerja sayang juak nak cuti...boedoe nya ku tok... dah co. berik cuti tapi masih gik nak molah kerja. macam lah bagus gilak kan... Anyway...lusa dah raya tapi ku lum molah apa2 persiapan gik. rumah gik berterabur, kuih dah ada tapi masih terpikir apa yg nak diprepare. esok mesti tersangat sangatlah sibuk aku tok kelak. Mikir lagik si Aina yang sentiasa berkepit sik mok jauh dr aku, n mikir nak ngemas rumah bagai. Hish.... stress juak lah ngenang nya tok. Babah gik sakit gigi....hahaha macam2 ajak mr Asben ya. Apa-apa pun... kepada semua kawan2 saya ucapkan selamat Hari Raya, maaf Zahir n batin, Mohon halalkan apa yang termakan n terminum, tersalah cakap dan macam2 'ter' lagi...Moga di hari lebaran ini kita akan mendapat lebih barakah n moga kita dipertemukan lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia ditahun hadapan. Jom lah kita berdoa agar kita semua dimurahkan rezeki dan diberi peluang untuk menuntut dan berkongsi lebih banyak ilmu lagi sesama kita. Moga kita berkeupayaan untuk ber blog dan bekongsi idea dan macam2 lagi. Masa raya ni pasti semua sibuk, so maaf kalau tak sempat nak menjenguk ye.. InsyaAllah jumpa lagi di masa yg akan datang (entah bila pun sik tauk).. Moga raya tok semua ok untuk aku, Mr asben n anak2.

Monday, 29 June 2015

Assalamualaikum... Syukur Alhamdulillah...hari ini dah 12 hari kita berposa. Nak cerita pasal ari marek lok k.. Hari Ahad...hari tok menu sungke kamek adalah kuih buah Melaka, Air cendol dan kuih muih dr Nekcu. Alhamdulillah... semuanya sedap. Sikecik Aina pun habis putih dgn tepung..abang pun tolong mama kat dapur. babah pulak gago dgn kerjanya kat laman. Alif letih n nengok movie sambil angkat baju kat jemuran. Hari ni, Awal pagi bos Alice dah madah bos nyuruh balit awal...Alhamdulillah...walaupun cuma setakat 5.30pm, ok lah ya dari sik ada langsung. sik lah terkilan gilak ngenang anak2 n bapak anak dirumah. N siklah driving mcm KL drift jak aku tok. Today, Ms WMC gik cuti. kerja ku tok nang betimbun tapi palak gik pening tok..dahlah cermin mata ttggal di umah. Yalah rabun tok. mun ada yg tersalah type kelak sory k. Hari tok birthday Ammar yg ke 8 tahun... selamat hari jadi Ammar, mama sentiasa doakan yg terbaik buat Ammar.1001 jak peasanan nya di rumah tek masa mama tepon ngan nya. HMMMMMMM...letih nengar celotehnya. Mudah-mudahan tahun tok ada laph rezeki lebih dr sidak bos... next week plan nak atur cuti lak. Hahahahaha... dah gago nak cuti raya tok... moga dipermudahkan semuanya untuk kamek sekeluarga.

Wednesday, 24 June 2015

Puasa hari ke 7

Assalam... hari ini dah 8 hari kita berposa..Khamis, malam Jumaat... semalam mama bersolat Terawih di Masjid bersama2 anak teruna mama.. Tapi sebelum mama pergi ke masjid terjadi satu insiden dirumah. Babah kata dia letih sangat, mam bagi tau babah yang mama nak pergi solat berjemaah di masjid, babah tanya nek cu tak pergi ke, mama jawab dia gilir2 ngan mama. So, babah kata 'ok lah cam gitu. Mama pun seronok sangat sebab dapat izin dr babah setelah 1 mgu berposa, barulah dpt peluang g terawih kt masjid. So cepat2lah mama bersiap n solat maghrib kat rumah. Anak2 teruna pun sedia menunggu mama dah kat kreta. Tetiba babah panggil mama n tanya apa sal mama pegi masjid sedangkan babah dah bagi tau yg dia penat... Aiii...mama yg dah bertelekung pun terpinga2. bukan kah tadi babah dah cakap ok..Lailahaillah...mama dah tersilap...babah dah melenting dengan kata2 yg sentap..so, mama pun cakap mama terus kensel coz mama sedar kalau tak ada redha suami, maka tiadalah redha Allah...Namun babah dah marah sangat dan suruh mama keluar cepat2 sebelum kaki tangan nya naik. Nasib baik si Ammar muncul..dan cakap jomlah mama, kita pergi je, nanti kita doa agar babah tak marah lagi... Y Allah, sentap betul hati mama dgn sikap babah, mama bukannya nak pergi mana pun, dan mama dah explain yg mama silap dengar atau silap faham tadi. Sesunnguhnya Allah saja yg mengetahui.Ampunkan lah dosa ku Ya Allah. Masa di masjid, mama terus solat sekusyuk2 nya..memohon agar disejukkan hati babah...balik dari masjid, mama tak terfikir langsung dgn kemarahan babah, cuma mama berpesan pada anak2 jgn buat babah marah. Alhamdulillah, marahnya dah reda n semua ok. Semasa solat jemaah tu, bacaan Al-Fatihah imam sangat lah mendayu2 sampaikan mama mengalirkan air mata mendengar bait2 bacaan ustaz tu. Ya Allah, ampunkan lah aku tunjukkanlah aku jalan yang lurus, ampunkan lah juga dosa suamiku dan verilah petunjuk kpd kami dan moga kau jadikan lah dia seorang ayah yg penyayang kpd aku n anak serta lemah lembut tutur katanya kpd kami. Maha suci engkau ya Allah.

Sunday, 21 June 2015

Berbuka Puasa dgn Famili..

Sedih nya hati di Ramadhan ini.... .... kerana tahun ini, pihak company ditempat mama bekerja tidak membenarkan pekerja muslim nya balik lebih awal. Waktu bekerja kami adalah dari jam 9.00 am hingga 6.00pm, Tahun 2012 & 2013 kami dibenarkan balik jam 5.00pm, tahun 2014 balik jam 5.30pm tapi tahun ini tetap balik jam 6.00 pm. Dulu, walau pun kami balik awal, waktu rehat kami dipendekkam (maksudnya tiada waktu rehat). Alasan yang diberi adalah tak adil untuk pekerja lain. kami bukannnya mintak keluar dari jam 4.00pm pun, cuma atleast dr jam 5.30pm, kerana waktu berbuka kami di Miri adalah jam 6.37pm...jarak ofis dr rumah adalah kira2 20km, ambik kira traffic jam, atleast jam 5.30pm tu pun kita kira dah ok. Rasa sedih sangat, krn kena fikirkan anak2 yg ada kat rumah. .....Hari pertama puasa, dah rasa sedih sangat...memang rushing gilerr bila driving...doa je tak ada apa2 masa driving balik. Sampai kat rumah, azan memang dah berlalu...tengok si abang cuma berbuka dgn air sirap bandung, nasib baik mama ada masak nasi n lauk awal pagi..mama balik barulah abang makan kuih muih yg mama beli. ....Hari ke-dua puasa (Jumaat), semua hero ada kat rumah, pun sama, mama sampai rumah azan Maghrib dah berlalu. Sedihkan... sampai kat rumah rushing pulak nak sediakan juadah.mama cuma minum air n makan buah tamar je. Rushing mandi n solat Maghrib, and terus pergi ambil princess dr umah mak ngah. ....Hari ke-3 & 4, Alhamdulillah dapat bersama anak2 berbuka di rumah...riuh rendah semuanya. hari2 yang lain sunyi je.... nak rushing sana-sini. ....Hari ke-5, sekali lagi rasa sedih n tak puas hati dgn pihak management ni...dia org ni memang berat sebelah, ini krn Muslim adalah minoriti dlm company. kalau perayaan lain, awal2 lagi pelepasan n keistimewaan diberi, tak payah nak request, tau2 dah di beri. Teruk sangat ke kalau kami dibenarkan pulang awal, staff lain pun boleh ganti sekejap. Terfikir juga mama nak email kpd Datuk, tapi takut nanti salah pulak. Pihak HOD kat branch level tak berani & tak dapt buat keputusan, kena malalui HR, memang sah tak dapat atas alasan tak diberi. Yang peliknya, pekerja site boleh pulak di adjust time kerjanya dan balik jam 4.00 pm. Or is it Datuk tak tahu masalah ini. Sangat2 menyedihkan, this is what happen kalau we are the minority...selalu ditindas..bila time nak disuruh buat kerja, macam2 dijanjikan bulan dan bintang pun boleh,tapi dari segi perkara macam ni, nak mintak pelepasan balik awal pun tersangatlah susahnya. ....Mama nekad, andai hari ini tiada jawapan yg dapat membenarkan kami balik awal, mama nekad akan cuba mintak pelepasan dari Datuk sendiri. Walau apa sekalipun... mama tetap akan cuba...demi ibadat puasa yg dijalankan dan demi anak2 serta keluarga tersayang.

Wednesday, 17 June 2015

Ramadhan oh Ramadhan...

Assalamualaikum.... Alhamdulillah..bertemu lagi dgn Bulan yg mulia ini..Ramadhan.. Moga diizinkan sehingga tamat 30 hari beribadat di bulan yang mulia ini. Tahun ini adalah tahun pertama kami berpuasa di rumah ini. Ammar sangat excited untuk bersahur dan berpuasa pada kali ini, Ain pun sama. Cuma Danial & Alif spt biasa je.. Pagi tadi bersahur jam 4.00am, nasib baik baby Aina yg 'kejutkan', kalau tidak terbabas lah mama n anak2. Alhamdulillah anak2 senang dikejutkan untuk bersahur. Menu simple je,..ikan masak asam..sayur labu.Alif hanya minum secawan milo n kek . Ammar & abang makan nasi, mama pula hanya makan buah kurma n air susu. Rasa excited nak puasa walaupun banyak rintangan yg menimpa. Ini semua dugaan semasa membesarkan anak2. Masing2 ada perangai sendiri. hanya terpulang kepada kita nak menangani nya dgn cara kita masing. samada nak bersabar, dan ambil tindakan yg sewajarnya atau marah n naik hangin. Mama rasa tidak wajar dibulan baik ini nak marah2 je, lebih baik guna cara yg slow tapi sampai ke lubuk hati anak2. Kesian kat Danial & Alif...mama tahu kamu buat salah tapi mama pun tak setuju dgn apa yg babah buat, maafkan mama anakku. Mama dah cuba pujuk & bagi tau babah tapi babah tetap berfikiran mcm tu. Mama dah cuba yg terbaik. Itulah sebabnya mama sentiasa ingatkan anak2 mama untuk sentiasa ingat pesan mama, jangan sekali2 lupa, tapi apa pun yg berlaku, mama nak Danial & alif faham, babah buat begitu kerana babah sayang anak2 babah. Babah tak nak nanti anak2 babah hilang pedoman dan jadi anak derhaka. Ingat pesan mama sayang. Di bulan yang mulia ini, jom kita perbanyakkan ibadat solat sunat, berterawih dan berdoa agar kita mendapat hidayah dan rahmat Allah, moga kita semua dilindungi dan dimurahkan rezeki serta menjadi penghuni Jannah nanti. Mama sentiasa cuba buat yang terbaik buat anak2 mama.Mama mohon anak2 mama pun begitu jua. Mama doakan kita semua diberikan kesihatan yang baik agar kita dapat menjalankan ibadah puasa genap sebulan. Ingatlah anak2 ku...mama sayang kamu semua.

Thursday, 19 March 2015

Baby Aina demam...

Hari ni, dah 2 hari Aina demam. badan nya panas waktu sebelah malam...last nite, Aina asyik terjaga tapi tak menangis, cuma nak bcakap2 je... mama beri minum air kosong n lap kan badan nya dgn towel lembab. Mama also basahkn kepalanya dgn air asam jawa. Lepas tu barulah Aina lena... Mama pun tumpang lena...kesian babah, jam 7am mama pun masih tersangat lah mengantuk nya.Babah g kerja mama x sempat nak buat breakfast. Aina masih tidur, nasiblah Abg Danish willingly nak jaga Adek Aina, nak ikutkan semalam abg nak tidur kt umah mak ngah je. Syukur abg faham keadaan mama yg sentiasa perlukan bantuan nya untuk jaga adek2. Moga abang sentiasa dapat memahami mama & babah yg sentiasa inginkan anak2 yg soleh & taat.